Karpet, Permaidani Murah Tapi Cantik

Assalamualaikum…Walaikumsalam Sorry Mak Takde, Bapak Takde, Takde Orang kat rumah.. (Korang pernah dengar tak dialog kat atas ni..ke korang pernah cakap dulu2.hehehe..) tulah dialog kalau bai karpet datang umah, baik nak jual atau nak pungut hutang..tapi skang dah maju dah bai bai ni.. dah bukak kedai dah..tkyah naik beskal keliling kampung dah.. SALAM 10 TERAKHIR RAMADHAN..semoga kita mendapat kebrkatan keatasnya.. lame lagi ke nak kul 7 ni.. badan dah lembik dah ni..td tak bangun sahur..tkpe2 sabor2.. raye2ni bangla karpet senyum sampai telinge dapat bonus lebih dari korang..mane taknye, sampai stok takde pun pakse bai tu bawak stok khas untuk korang hatta stok tu memang sah2 dah takdedah..takkan nak pos sekeping semata untuk korang kan..bukan main spesel lagi.ade ape2 ker..huhu.. untuk fakta..pengeluar karpet terbesar dunia adalah iran..iran telah edar ke lebih 100 buah negara dan boleh dikatakan telah cover hampir separuh pembuatan carpet diseluruh dunia..patutlah kaye iran ni..entah2 carpet yang kat umah tu pun made in iran..ke chine jugak..haha jangan marah ha…carpet skang tak macam dulu dah..design dah pelbagai. bukan setakat kerawang putar belit warni warni tu jer..dah ada yang bentuk pelik2, corang simple but nice, colour ikut tema, harga pun dah makin murah dah skang..tak mcam duku kene bayor 12 kali baru setel 1 karpet. untuk karpet tak hanya untuk cover lantai dari lantai atau mungkin untuk cover kaki dari sejuk pijak lantai kita jadikan die item yang boleh ubah imej rumah dari biasa2 ke fuiihh..kelas kau maria.. sebelum beli karpet korang belilah barang lain2 dulu. pendek kata. siap2kan lah semua bende2 dulu ikut tema yang korang suka.. last skali kebiasaannya mesti tema jadik lain dari tema asal kan.. biasalah tu..tp konsep ni boleh cover balik sikit kalau kene carpet yang kita pilih..kebiasaan yang banyak jual kat kedai skang nih memang carpet kerawang2 yang banyak2 tu..mungkin sesusai juga jika kita pilih warna yang ok. walaupun kerawang banyak dan berselirat tapi kalau warnanya sekata atau hanya 1 2 colour sahaja guna pada carpet tu mungkin nampak lebih sesuai pada tema yang traditional simple atau kontmp. traditional..

kalau konsep simple modern pun sekarang dah banyak dah pilihan. dah macam2 design dan warna..so takperlu risau, kalau berani cube design yang baru atau yang jarang orang guna contoh design line error, twist line, draw line atau corang conteng2 . mungkin sesuai untuk konsep modern simple untuk keluasan rumah teres yang agak terhad.

cuma yang agak susah skit nak cari adalah jika inginkan konsep old english atau clasic vetican..corak yang perlu adalah berbunga sedikit dengan kerawang berlainana dengan kerawang yang biasa ada jual di kedai larpet. kerawang atau corak untuk konsep ni lebih kepada kehalusan bentuk corak bunga dan bungapun bukan berwarna warni tapi bunge kebiasaannya rose besar yang hanya 1 2 warna sahaja digunakan..dah try carik adatapi sangat sukar nak jumpa..so sesiapa yang guna konsep ni kene rajin skit carik..jangan terus beli yang corang biasa sebb dah penat carik tapi tak jumpa sebb ia akan tukarkan terus konsep rumah korang dari lain nak buat lain yang jadik..so kene rajin skit.

Klau dah memang takjumpe dan kalau nak jugak pakai carpet lain jangan pilih yang kerawang biasa2 tu atau warna yang banyak2. gunakan kerawang yang hanya gunakan warna 1 atau 2 sahaja dengan kerawang yang halus..atau untuk sementara mungkin boleh guna yang warna kosong tapi yang menonjolkan karpet tu ialah materialnya..mungkin boleh gunakan material berrambu2 atau macam ulat2 tu atau orang panggil shaggy carpet.. 

walaupun ia sanagat sesuai untuk komsep modern tapi untuk sementara waktu boleh juga digunakan untuk konsep ni. tapi warna biarlah cream atau putih atau kelabu yang lebih tenggelam agar tak terlalu menonjol..

Untuk harga pulak sekarang ni dah murah dah jenis2 carpet nih. pendek kata mampu miliklah walau apapun budget korang.. ada corak macam2 tapi harga murah atau corak yang macam dan berkualiti dengan harga yang berpatutan. tepuk dada tanya cik abang..hehe..kalau nak senang biar kalah membeli menang memakai. biukan ape bleh tahan lama skit..dan yang penting puas hati korang..nak carik pulak kalau dah bosan kat kedai pakistan tu cube carik kat kedai interior design atau macam harvey ker, ikea ker, jj ker, ss ker dan macam2 lagi lah..pasti harga kat sana pun ok2 jugak.. kalau nak senang sangat tunggu jelah bai carpet datang tengahari kang terus amik pakai duli bayar kemudian..jangan takbayar udah ler..hehe..ok blah dlu..nak tido..bye..zzzz…..

Comments
2 Responses to “Karpet, Permaidani Murah Tapi Cantik”
  1. Anonymous says:

    mana mau cari ini barang..kdai maner??

    • rumahteresku says:

      Kebanyakan karpet yang modern dan cantik boleh jumpa di kedai yang agak modern dan agak mahal skit. selalu kdai bangla bias tu takde jual yang moern kerana mereka ambil dari pakistan.

Leave a comment