Rumah Kampung Nafas Baru

Assalamualaikum semua.. dan Salam sejahtera.. wahh.. dah tengah tahun dah kite. kejap je kan pejam celik pejam celik dah tengah tahun.. Dan selamat Ramadan… Dah puasa dah untuk 1437 Hijrah.. yang bab puasa ni mesti ramai nak cakap pejam celik pejam celik nape lambat lagi buke ni.. hehe.. jangan macamtu kak non.. Puasa mestilah ikhlas dan buat ibadat sebanyak nya..

Oklah rindu pulak nak type panjang-panjang harini. Kalini nak sentuh sikit tentang rumah kampung. Yela nak raya kan.. time ni lah teringat kat kampung tu lebih sikit dari hari biasa.. lagi lagi pasang pulak lagu raya bali kampung atau musafir di pagi raya aduh sebak je hati ni kan… huhu.. ok ok.. Tapi zaman sekarang ni rumah kampung pun dah tak kampung dah.. semua dah batu dah.. yela kat Malaysia ni panas kan. lagi2 tengah hari.

rumah-papan-sabah-vocket-7

Jadi makin pupuslah rumah kampung ni. Tapi sebenarnya apasalah nya kita kekalkan bentuk rumah kampung tu.. dan hanya buat ubah suai dalaman sahaja. Bukan ape, rumah kampung ni antara warisan dari nenek moyang kita. Dan zaman akan datang tak tahu ade lagike tidak rumah kampung ni.. Tempohari search kat encik google terjumpe lah rumah kampung yang di beri nafas baru baik dari segi ubah suai mahupun dari segi pemilihan warna cat.

photo_2016-06-15_14-30-20

Sape kate rumah kampung ni dah tak relevan.. Cantik je dek nun tengok.. Ok ape. dah macam ala-ala rumah Smurf gitu.. stylo ape.. jadi sempena nak raya ni ape kate kite ubah sikit rumah kampung kite jadi menarik, jangan robohkan pulak buat rumah batu.. kite touchup sikit bagi generasi sekarang ni tertarik dengan rumah kampung. Barulah rumah kampung tidak luput di telan zaman.. Tak gitu bang haji.. tu duit KWSP banyak tu jangan pulak gi buat rumah batu. hehe…

photo_2016-06-15_14-30-17

Oklah pembaca sekalian. Terima kasih kerana sudi singgah blog yang takseberapa ni.. Selamat berpuasa.. Jangan puasa setengah hari ok.. bye bye caw..cin caw.. Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: