Cuti-cuti Malaysia La Pulak..

Hai semua..dan Assalamualaikum pada yang muslim.. amacam cuti sekolah, berjalan pegi mana. Alah setakat gi seberang apelah salahnye. Paling2 pun baru 40juta rupiah habis..he.. sekarangni kat malaysia pun banyak dah tempat yang menarik untuk kita lawati, baik dari sekecik kuala lumpur hinggalah sebesar negeri perak. Tu belum masuk sabah dan sarawak lagi tu. Hm.. negeri sendiripun tak habis round lagi dah berangan gi sabah sarawak. Takpe, walau manapun kita berjalan bawak anak2, bawak mak bapak yang dah boring duk kat kampung tu yang penting mesti happy. Kalaupun pegi jauh2 seberang laut tapi kalau tak happy takde makneye kan.. so pastikan kita rancang btul mane nak pegi. Takkisah dekatpun tetap nama berjalan. Melainkan koran merangkak tu memang namanye merangkak bukan berjalan.haa..

Ikutkn pengalaman sendiri gi melancongtu takdelah banyak mane. Pegi pun takjauh mana dalam malaysia je. Tapi kelantan masih belum jejak lagi..teringin tapi entah bilelah ade rezeki sampai sana. Ikutkan pengalaman yang seciput ni rasanya kat malaysia ni makin lama makin banyak tempat perrlancongan yang dibuat di setiap negeri. Contohnya dulu kat sg. Klah tu dlu hutan kelapa sawit, orang kampung situ je yang tau sg. Kelah. Tapi lepas dibangunkan kolam air panas sg. Kelah, aku yang duk kat bandar nipun boelh sampai sana walaupun perjalanan agak jauh jugak, tapi rasenye taklah jauh sangat.he.. tapi elok jugak untuk ekonomi penduduk tempatan. Paling2pun musim cuti ni bleh lah dorang kumpul duit banyak sikit untuk anak sekolah dorang.

Tapi walaupun macam2 tempat pelancongan yang baru dan canggih2 dibina sekarang ni. Tapi hati tetap tertarik dengan tempat bersejarah yang penuh dengan warna merah, negeri melaka bandar bersejarah. Haha.. aku bukan orang melaka tapi suke datang melaka sebab entahlah, mungkin sebab pemandangan dan juga persekitaran yang sedikit relax dan tenang walaupun ramai orang tiap kali cuti sekolah. Jalanpun tak berapa jem sangat. Pemandu tempatan pun bleh tahan berhemah. Dan yang paling aku suke jalan kaki pegi bangunan ke bangunan dan singgah makan tepi sungai sambil rakam pemandangan yang cantik2. Jarang sangatlah aku jalan kaki jauh macamtu. Kalau gi tempat lain sah2lah jalan dalam kereta je. Ni kereta duk bawah pokok, kite pulak jalan kaki. Kalau malas jalan kaki bleh suruh abang beca bawakkan kite, tapi apelah salahnye bersenam kaki ni yang dah kerasdah urat kaki ni duduk kat kerusi 24jam.

Tempat lain yang agak best jugak walaupun kurang dapat perhatian ialah perak. Dengarnye 2012 tahun melawat perak. jugak gi perak, kalau taksilap pergi gua tempurung, mandi sungai yang mana sungai tu tempat kayak yang 8 orang tuh, gi dusun durian lagi manetah aku lupe, ha  sg. Klah tu perak jugak. Ape yang aku kagum sangat ialah gua tempurung. Sebelum pegi malas lah jugak nak singgah sebab dalam kepala mesti terbayang batu, bukit, terowong. Tapi belumpun sampai, baru je nak sampai dah ternganga mulut dan mata aku tengok pemandangan yang sangat cantik, sangat indah dan aku rasa terlalu kerdilnya aku..tu belum sampai lagi. Ade 2km lagi tuh.. punyelah cantik gunung gua tempurung tu.. besar ya amat sampai van depa aku tu aku tengok dah macam semut kecikje kat kaki gunung tu.. barulah sedar yang kte kerdil selaku hamba Allah dimuka bumini..sampai je kat pinu masuk die sekali tak bleh masuk. Sebab baju tak kene. Kene pakai pakaian sukan, sebab aktiviti agak lasak dan perlukan pakaian yang sesuai. Jadi borak2 punye borak ade pulak lah sedara yang kerja kat situ, makanya dapatlah masuk jugak tapi kat mulut gua tu je. Tapi walaupun baru mulut gua tu…..dah kagum..punyelah cantik, unik, dan rasanya takpernah nampak pemandangan macamtu sebelumni. Nak cakappun taktahu nak ungkap macamana, yang senang korang pegilahsendiri, akjauh. Dekat gopeng ade signboard gua tempurung.

Cameron highland jangan cakaplah, memanglah best. Berrbulan2 kene jemur kat KL sekali gi cameraon highland terasa macam duduk peti ais pulak malam2. Lagi air pipe die…fuihh.. mau taknak madi rasenye kalau takde pemanas air. Pulau pinang apa yang boleh aku katakan ialah satu bandar yang maju, tersusun dan cantik. Bagunan semua cantik, canggih dan modern, suke sangat tengok. Macam pergi luar negara pulak. Makanan pun unik jugak, ade pasembor, jeruk yang macam2 dan murah2. Memang suke jugak pegi pulau pinang, appartment pun murah, Cuma yang kekurangannya agak sukar mencari kedai makanan melayu. Dan yang paling menekan perasan aku ialah sikap pemandu tempatan yang kurang berhemah. Suke bunyik hon, potong secara bahaya dan tidak bertimbang rasa lebih2 lagi pada kereta dari negeri lain yang rata2 bawak perlahan sebab carik jalan atau carik tempat2 menarik, so kalau perkara tu dapat diperbaiki mesti lagi best beruti di pulau pinang.

Tapi untuk melancong atau berjalan ni taksemestinya memerlukan belanja yang banyak, lebih2 lagi pada mereka yang ada anak ramai, kalau betul perancangan, tempat pelancongan dan juga pandai memilih dimana untuk menginap, mesti budget tu tak besar sangat atau sedikit. Dan pelu diingat, melancong atau berjalan2 untuk rehatkan kepala dan hiburkan hati anak2, jadi janganlah pulak pening kepala fikir duit melayang pegi berjalan. Alangkan monyet kat atas ni pun bawak anak die jalan2..he..Sebabtulah kene pandai merancang. Ade je yang hanya gunakan RM300 bawak anak berjalan termasuk duit penginapan dan makan minum. Lebih2 lagi sekarang n dah banyak rumah inap desa atau homestay yang disediakan oleh penduduk tempatan, murah dan selesa. Boleh, yang penting rancang dulu. Jangan redahje karang takpasal2 tido dalam kereta kat petronas.he…

Oklah, selamat bercuti, semoga jadi kenangan yang indah untuk diri dan keluarga, yang penting rancang sebaiknya, budget secukupnya, can memandu secara berhemas dan berhati2. Biar lambat asal selamat, jangan cepat tapi taksampai pulak. Ok bye bye, caucincau.. wassalam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: