Meja Bar RM130!!..

APA! RM130.00 biar betik.. Takkanlah… Apek pun pening tu..Hahah…Hai all.. assalamualaikum semua pada yang muslim. Amende lah yang pelik sangat kan.. sedangkan orangpun dah boleh gi bulan, setakat Bar Table RM 130 Apedehal..he.. nilah padah nye kalau rajin sangat kuar pusing2 survey barang perabot rumah ni. Kan dah kene angau.. Mingguni entah macamana orang duk sibuk menyembelih lembu buat korban aku plak sibuk temankan ‘datin’ round2 carik port baik nak lepak. Pusing punye pusng lepak pulak kat damansara. Ha..ni berta baik pada yang dah lama mengidam nak buat meja bar yang tinggi tu..ala macam kat bar tu, kire poyo konon kat umah ade bar lah..he.. takpe apesalahnye. Yang salah hang hidang arak kat meja bar hang at laki bini hang..tu yang haram. Setakat meja bar je takdehal punye.. so ni kire alternativ idea selain dari beli meja bar yang ada jual kat kedai perabot yang harga dari RM2000 dan keatas tu.

Yelah.. bukan semua orang mampu..tapi semua orang bernafsu..btultak..nak tapi poket ciput je.so ini alternativ nye.. silap2 mau jeles sape yang beli mahal2 tu. Biasanya meja bar yang ada jual kat kedai perabot tu memang mahal2. Samada readymade atau rekaan khas untuk size yang kita nak. Kalau yang readymade biasa die ada meja, kerusi dan kabinet kecik atas atau tepi atau atas untuk letak gelas yang tinggi2 tu. Dan yang takbestnye ade tempa letak botol arak tu yang spoil tu.. pada yang mampu no problem.. tapi yang kurang mampu memang problem sebab bukan murah. Jadi ape kite nak buat. Takkan nak gergaji kayu sendiri buat sendiri kat umah. Elok bini suroh buat bar table jadi tangga bergerak kang.ha.. macam post aku yang sebelum ni aku ade citer barang murah dan menarik atau harga yang bepatutan serta kualiti tinggi dari kedai hensem Ikea..

So…ianya memang murah dan berbaloi untuk meja bar anda.. apek kedai perabot kampung ko pun mesti nangis punye..mane tidaknye..hanya dengan RM130 anda dah boleh tersenyum melihat bar tabe di dapur anda..hanya perlu tiga langkah, pergi, bayar dan pasang..semudah XYZ dan sesukar ABC.he..dah macam iklan radio lah plak.. untuk yang dah lama mengidam nak meja bar tu ajaklah laki korang gi Ikea, senangje. Untuk Ikea ni bahagian yang boleh jumpe style bar table adalah bahagian kabinet dapur. Ade banyak jenis kabinet dapur dan ada di sudut nanti nampak sample bar table yang ber bagai jenis table top nye. Cantik2. Dan kualiti. Harga sangat berpatutan. Warna table top juga ada banyak pilihan. Apa yang anda perlu buat ialah. Pilih table top kesukaan anda. Size dan harga boleh tanya pada pembantu disitu. Selepas itu pilih pula kakinya. Ada 3 jenis kaki yang boleh dipilih. Dan perlu diingatkan. Table bar anda hanya memerlukan 1 kaki, bukan 4 kaki. Ia untuk lebih nampak stylish dan menjimatkan. Kerana di bahagian tepi table top nanti kita akan pakukan ke dinding terus dan bahagian satu lagi kita akan gunakan kaki pula. Tapi kaki guna 1 je dah memadai melainkan hang letak peti ais atasnye memang kene pakai 4 kaki. Karang roboh korang marah aku plak.

Lepas pilih kaki dan table top kerja anda hampir siap di ikea. Untuk pengetahuan ada satu lagi bahagian di ikea yang ada pilihan table top yang banyak dimana bahagian tu di hadapan sedikit dari bahagian kabinet dapur. Ia dekat dengan bahagian besi pemegang almari atau drawer. Cube jalan2 dulu kalau nak senang. Jangan lupe mesti tanye pada pembantu kedai lepas anda pilih semua tu. Yag perlu anda tahu ialah. Stock masih ada lagi, dimana saya akan ambil stok tersebut, harga yang sebenarnya. Jadi apa yang anda perlu beli di ikea hanya 2. Table top dan 1 kaki. Yang lain takyah. Barag lain yang perlu anda beli di hardware lak ialah besi L Shape untuk paku didinding, skru untuk skru besi L shape tu. Yang lain buat sendiri. Biasanya size yang ada di ikea ialah 2kaki x 4kaki. So takberapa besar tapi dah memadai. Selain tu ade juga 3kaki x 5kaki. Model yang paling popular ialah untuk table top namanya Vika Amon RM70. Untuk kaki pula ialah Vika Byske RM70 kalau silap nama die atau Vika Cuff RM60. Kaki ni jenis yang boleh laras tinggi die. Bukan kaki yang tinggi 70cm. Tapi boleh laras sampai 110cm atau 90cm pun ok. So try cari nama tu untuk memudahkan pencarian harta karun korang.

Ok, lepas semua barag dah ada. Bolehlah drill didinding dengan cermat dan yang penting ukur betul2 dulu. Lepas tu bolehlah pulak korang carik kerusi die..ha..nipun satu halplak..kerusi bar ni yang ada di ikea agak tak murah sangat tapi banyak yang cantik. Kalau nak btul2 murah silalah gi kedai dimana rakyat malaysia membeli belah katenye iaitu Giant. Kat giant ade yang murah. RM70 tau RM70 pun ade. So sekarang dah lengkap lah meja bar korang..ape yang perlu dibuat selepas ni ialah panggil jiran umah korang yang bising tu kasi die jeles pastu suruh die balik.ha…. senang kan.. dan murah kan.. nak lagi murah korang tebang pokok buat papan sendiri..banyak cantik..nak murah, cantik senang dan menawan tanpa keluar RM1 pun..mane ade dah kat dunia ni..gi tandas pun 30sen. Oklah, sampai sinijelah toturial kite untuk buat jiran sebelah bengkek kai yang ke 5. Sampai berjumpe lagi di lain rancangan.. bye bye..tatatititutu..Wassalam..blah lah aku..

Comments
3 Responses to “Meja Bar RM130!!..”
  1. orkid says:

    thnks sbb bg idea..like sgt🙂

  2. amin shukri says:

    mana nk dpt meja mcm ni ye?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: