Ruang Kerja @ Pejabat Di Rumah..

Assalamualaikum..pada yang islam dan hai pada semua. Fuih, dah sebulan tak menaip blog ni. Dah lama makan kuih raye malas pulak nak menaip. Hee.. ape pun moga2 apa yang kita raikan syawal yang lepas mendapat keberkatan dan lebih2 lagi duit raya yang kite beri pada anak2 kecil tu dikire sebagai sedekah ikhlas dari kita. Amin.. amacam raye lepas, puas hati ke makan hati. Ke botak kepala.ha.. sabor jeler ye. Paling2 pun senyum je ler. Takpe lagi 11 bulan ni boleh kumpul balik banyak2 ye. Ok kali ni kite dah kene kosentret buat keje. Amboi kosentret lagi dalam bahasa mekayu apeye.. so nak taknak kenelah kembali bekerja keras untuk backup balik apa yang dah kurang. Dalam sibuk kita bekerja di opis mahupun sambng dirumah, kita jangan lupa akan keselesaan dan keselamatan kawasan kerja kita. Pendek kate kenelah jugak kemas dan bersih. Supaya tidaklah tengah menaip2 camni tetibe je tikus litas atas keyboard..ha…mau melompat cik kak.

Jadi ape kate kemas kanlah sikit paling2pun janganlah hampir sama dengan port lepak tikus ye. Oklah kat sini kite kongsi sedikit sebanyak apeker tempat kerje yang kemas dan bersih tu. Nak cakap buat macam studio hollywood melampaulah kan..terlebih sudah pulak kate mak mertue kang. So kite ber badget2 jugelah dalam pada nak kemas, cantik dan beridea. Untuk memudahkan kite menyusun dan mengatur barang2 yang biasa ada di blik kerja kita apa kata kita beli satu almari, ala yang murah2pun takpe. Asalkan kukuh. Lagi2 sekarang ni ada yang jenis boleh ubah sendiri susunan box2 setiap petak drawer tu. So lagi canik dan praktikal lah jadiknye. Kalau nak cun sikit blehlah carik di ikea. Cume budget kene lebih skitlah. Oklah ni ade beberapa gambar yang aku cilok dari google image yang mungkin boleh di realisasikan ke bilik kerja korang di rumah mahupun di pejabat.

Dan tanpa kita perlu lupakan berilah ruang sedikit kat dinding tu untuk kita gantung ayat2 suci alquran atau pun doa2 yang berkenaan sebagai umat islam supaya lebih berkat kerja kita menjadi ibadat yang dapat pahala. Amin.. Untuk pemilihan meja komputer adalah lebih baik jika kita pilih meja 5 kaki dan bukan meja komputer yang compact yang ada ruang printer dan bahagian drawer untuk keybord. Kerana meja begini hanya sesuai untuk kerja menaip dan kurang sesuai untuk kerja yang memerlukan kertas kerja di buka di atas meja sambil menggunakan komputer secara optimal. Selain ruang yang lebih luas meja yang petak mudah disusun dan mudah di bahagikan ruang antara meja dan juga lamari buku jika ruang bilik yang agak terhad. Bahagian letak cpu pula jika tidak selesa leta di kaki boleh juga letak di atas meja disebelah monitor tetapi pastikan bersih dari habuk dan wayar tidak berselerak. Jika di bahagian kaki pula wayar perlu di ikat dengan kemas supaya tidak tersangkut pada kaki korang dan taklah kene karen nanti.ha… apepun mesti selamat ok. Yang paling spoil ialah plug yang korang biasa guna extenion untuk sambung ke wayar pc korang. Kalau plug tu jauh bukan main melintang je wayar tu kat lantai. Bahaya untuk anak kecil dan juga kita andai wayar tu ada terluka. Sebaiknya buatlah wiring sikit di dinding dari plug ke tempat meja pc. Kalau tak reti buat sendiri silalah suruh wireman yang buat ye cik abang dan akak. Kalau nak buat sendiri pun bukan susah. Takde ketuk2 paku pun. Beli wire cover yang putih panjang tu ikut jauh mana plug korang. Guna double sidetape yag tebal dan tampal elok kat dinding supaya kemas. Masukkan wayar extension plug yang korang beli 10meter tu kat dalam wire cover putih tu dan tutup penutupnye dan siap. Lebih kemas dan selamat. Nanti nak ubah pun senang. Cabutje double sidetape dan ubah tempat lain.

Untuk pengguna printer di rumah pula. Yang takbestnye bila guna printer jenis ink air. Mesti kotor sebab ada kalanya ink tu mengalir di tepi printer lagi2 printer yang lama. So kenelah lapik guna kain yang gelap skit bawah die. Atau jika guna laser printer adalah terbaik..memang aku suka. Bersih dan cepat kerja. Cuma mahal skit ler catridge die. Nak murah ade tapi cetak rompak. Tiada jaminan. Kalau nak guna htam putih je better guna laser monocrome printer. Lebih jimat dan kemas. Sekali beli boleh tahan 2000 keping print. Yang aku syorkan ialah HP produk kerana dah lama cuba dan ada cuba yang lain tapi HP Printer lebih jimat. Ok, untuk monitor pulak. Kalau pakai lcd tu memangdah cun dah. Senang nak susun dan kemas. Tapi kalau guna monitor tebal tu kenelah santak skit ke dinding. Sebab akan ambil ruang yang agak banyak. Untuk yang guna lcd monitor juga boleh letakkan cpu korang kat belakang monitor korang secara melintang. Ha…ini paling minimalah kirenye.

Kalau nak cun lagi bolehlah beli meja pejabat yang cuncun tu dan pandai2lah susun. Taklarat angkat suruh jiran sebelah tolong. Kalau jiran takde suruh ketua kampung tolong ye. Fuih.. penat dah taip. Sampai meja aku pun dah naik bersepah dah ni. Ok jumpe lagi di lain masa, semoga sihat dan ceria selalu, wassalam, cancincau, blah lah aku..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: