Hias Cantik, Jimat Belanja..

Hai semua…dan assalamualaikum untuk yang muslim..haritu rasa macam sebulan lagi. ni dah tinggal berapa hari lagi je dah nak habis dah puasa. ha.. cakap pasal puasa ni korang puasa cukup tak..kalau yang kaum hawa tu oklah tak cukup. tapi ni yang kaum adam ni takkanlah uzur pulakkan..agak2lah kan..he.. apepun semoga ibadah kita di terima dan di rahmati.. pos ni pun tengah layu jeni tahan nak buka lagi 4 jam.. hemmm nasib baiklah tkde sape2 kat sini yang memandai masak megi ke telor ke..kalu tak mau meleleh je jawabnye..he.. tahun lepas bulan yang sama macamni ala2 mood raye ni post huha huha pasal cat umah, perabot baru, langsir baru dan macam2 barulah lagi. al maklumlah nak rayelah katakan. tapi kalini ape kate kite berjimat cermat pulak tahun  ni..ha..mesti ade yang bengkek je bile dengar pakai langsir lama, sofa lama, kapet lama, bekas kuih lama..hee.. bukan macamtu.. takdelah semuanye lama.. tapi kita perbaharukan yang lama jadi menarik dan nampak MACAM baru gitu.. nak cakap recyle taklah pulak sebab bukan kite amik kat tong sampah pun.. cume kite makeup skit2 jer..

Kalau taksenang duduk para ibu2 sekalian harap bersabar..bukan nak suruh letak niler pulak langsirtu dari warna putih jadi warna biru..taklah sampai macamtu..tapi kalau boleh kite senaraikan barang ape yang boleh dibeli baru dan barang apa yang boleh digunakan lagi..tapi jangan pulak. sofa beli baru, meja makan beli baru, tv beli baru tapi bekas kuih yang berapa puluh ringgit tu pulak pakai yang lama..tak balance lah kan.. sebenarnya dalam rumah kite ade yang barang yang menonjolkan rumah kite, dan apa bila kita tukar barangtu sedikit sebanyak macam lain skit rumah kita walaupun barang yang lain pakai yang lama. contohnhya..langsir, karpet, sarung bantal sofa, warna cat dinding dan mungkin warna pintu utama. kebanyakan yang saya senaraikan tu kesemuanya di bawah harga yang berpatutan. ataupun pendek kate tidak mahal untuk ditukar. bukan tukar semuanya..tapi antara 1 atau 2 pun dah boleh merubah hias rumah kita. dan yang tak kurang penting jugak susun atur sofa dan meja rumah kita.

Jadi pendek kata kalau nak hias tu tak semestinya perlu berbelanja banyak. yang penting kita tahu apa yang perlu kita beli dan samada keperluan atau perhiasan semata2. paling tidak pun anggarankan dahulu budget akan tidak terlalu banyak berbelanja. kerana ada perkara lain yang lebih penting juga. Jadi harus bijak berbelanja supaya hati senang poket pun senang.. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat membuat persiapan hari raya dan SELAMAT HARU RAYA AIDILFITRI..wassalam.. bye bye..

Comments
3 Responses to “Hias Cantik, Jimat Belanja..”
  1. Ada yang bilang pasti menantu tersebut juga sudah aktif mencari sendiri atau membaca berbagai info tentang hal ini, jadi kalau terlalu ikut campur maka akan terkesan sok tahu atau tidak percaya.

  2. Anonymous says:

    Akak…saya terbaca blog akak ni saya nak tanya sarong sofa tu akak jahit sendiri ke tempah…kat mana ye..boleh akk wassap saya tak…0192091061

    • rumahteresku says:

      Sarung sofa tu boleh tempah di kedai repair sofa. biasa di kawasan kg di persisir bandar ada kedai tu. nak harap jahit sendiri poket seluar pun takreti jahit. hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: