Uniknye Kepala Pipe..

Hai..dah lama sangat dah tak post. bulan lepas sibuk memanjang..bulan ni pun boleh tahan jugak..apepun Assalamualaikum pada yang muslim kerana masoh sudi singgah ke blog yang sederhana tetapi vogue ni..he.. oklah dah lama tak type panjang2 ni teringat pulak dulu masa mule2 nak pindah rumah..bende yang terlupe sekali nak fikir adalah bende ni..taklah peting sangat..tapi kalau takpilih betul2 macam semacam pulak sinkitu jadi nye. taklain tak bukan kepala pipe..dalam bahasa inggerisnye head pipe..haa..bantailah kau.. aku pun taktau ape nak sebut nama bahasa melayu die. betulke kepala pipe. setau aku pipe ni je dah bahasa inggeris. hantam je lah..yang penting pahamkan.. sekali carik2 punye carik..barulah tahu..yang kepala pipe ni pun bukan main hebat harga die. ade yang cecah beratus2 ringgit untuk kepala nije. sampai kepala aku pun pening.. ingatkan 10ringgit bleh dapat yang cun. rupenye 100ringgit pun masih biasa2 lagi. nak yang luar biasa pandai2lah agak ye. tapi walaupun yang sederhana harganya tetap cantik jugak dah. Ada yang dah ada anti karat atau stainless steel. so takyah risau takut akrat. atau ada yang jaminan 5 tahun pun ade. macam kereta kan…mesin basuh aku pun takcamtu.

Walaubagaimanapun yang penting ianya perlu ikut kemampuan diri juga selaintu citarasa bentuk yang bagai mana yang kita suke. kalau nak ikutkan semuanye cantik. takkan nak beli semua ganti setiap bulan kan. so pilih bentuk macamana yang suke atau yang sesuai dengan peralatan atau kabinet dapur kita jika ingin kan kepala pipe untuk sinki. kalau nak yang murah pun ade nak yang mahal giler pun ade. kat malaysiani pun dah berlambak design yang pelik2. pegi je kat kedai yang berkaitan mesti jumpe yang kite sendiri pun takpernah tengok.

kalau nak yang biasa2 untuk pipr luar boleh belije yang tembaga di hardware lebih kuat dan tahan lama cume bentuknye biasajelah. klasik gitu.. kalau nak yang canggih manggih silalah melabut ye. untuk penjagaan pulak yang setau aku senang je nak jaga. lebih2 lagi yang stainless steel ni. dah lah takkarat. lap je dengan pencuci biasa berkilat2 lah die walaupun dah bertahun guna. berbeza dengan yang murah2 ni. cukup 6bulan dah naik karat. nak lap dengan air memang takhilang. nak taknak kene kikis..so mana yang senang..yang mahal jugak..tapi walaupun mahal tahan lama. macam pepatah kata. kalah membeli menang memakai..he..betulke..

cuma kalau awak guna peralatan penapis air sambung terus ke pipe utama didapur mungkin ada kepala pipe yang hanya sesuai untuk penapis air tu. so kene tanye jugak lah pada penajaga kedai tu yang mana yang sesuai..jangan main beli je.nanti balik2 dah takmuan.. nak pasang kat mana pulak kepala pipe ni. kalau murah takpe lagi. kalau mahal.. apepun semuanya dari siri sendiri.

senang cerite pegi kedai pilih bayar dan balik pasang.. kalau takcantik marahlah laki ke bini korang apsal pilih yang takcantik.he..ok..selamat memilih..dan selamat menghias rumah korang..nnti senang2 aku update lagi. ni nak kejar keretapi nih..blahlah aku..wasssalam.

Comments
One Response to “Uniknye Kepala Pipe..”
  1. kalau nak lagi mudah untuk pilih memilih, datang terus ke kedai saya di alamat kedai : alladin collection,no 20 jalan padi 1, bandar baru uda, jb.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: