Tukar Langsir Baru

Salam dan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat semua..rasanya ni baru 1st time type panjang2 bulan ramadhan ni..rehat nak lepak mana kan. takkan lepak kedai mamak pulak puasa2. kang kene naik van mayat.hehe.. mudah-mudahan ramadhan ni lebih baik dari yang sebelumnya.. skang ni baru sehari puasa iklan dah kuar dah sale untuk raye. biasalahtu kan. untuk kemudahan kite jugak. bile lagi nak dapat harga giler2 murah kalau bukan sale raye.. yang peningnye si bapaklah. setahun mengumpul sebulan setel..hehe..apepun berjimat cermatlah dalam berbelanja agar kita bahagia setu keluarga. si ibu gembira si bapak pun ceria..anak jangan cakaplahkan.. bukan untuk pakaian je yang emak2 ni sibuk mencari skang nih. untuk rumah pun taklepas jugak. maklumlah. nnti jiran2, adik beradik, kawan opis dan lebih2 lagi paparazi nnti datang rumah bercahayalah skit kebaruan umah kite nnti..setahun sekali memadai..apasalahnye kan bang.. cerita pasal langsir rasanya antara bende yang jadi kewajipan untuk ditukar setiap raye. bukanlah wajib sangat mungkin lebih tepat bende penting untuk tukar. korangpun mesti dah pakar bab pilih langsir ni kan maklumlah dah setiap tahun kalau dah 10 tahun kawin mau lebih 10 kali tukar langsir kan..antara sebb langsir jadi keutamaan sebb selain harga yang pelbagai langsir jugak mainkan peranan penting utk membuat rumah lebih terserlah dan lebih berseri. bayangkan kalau langsir dah pudar mesti ruang rumahpun nampak pudar jugak. mcm bajulah jugak kan..kire baju untuk rumah lah tu..selain cat jugak.. langsir ni pun ada kelompok2 yang hanya minat jenis langsir tertentu sahaja. mungkin sebb jenis rumah (papan, batu, papan + batu) mungkin ada kesesuaian jenis yang mana yang sesuai untuk rumah masing2. bab cantik dan designni sangat subjective. jadik tuan rumah je yang tahu maksudnye..hehe..

ada yang suka kain tebal, ada yang suka kain nipis, yang jarang, yang licin, yang lembut, yang berbaldu dan macamlah kalau nak sebut nama die mcm nama dah kuar. baik yang import dari asia seperti korea, china dan juga eropah. bab design pulak adayang suke printed, ada yang suke texture, adayang suka plain, ada juga yang suka ropol2. kalau yang printed tu paling popular sebb harga ada yang murah dan juga banyak pilihan design. cuma untuk kesusaian perabot dan aksesori rumah kita pilihlah yang berpadanan. harga orang takkan nampak tapi kesesuaian orang akan nampak. jangan risau pilih harga yang macamna, sebb sekarang ni ada tempat yang tawarkan ahrga murah untuk kualiti yang baik. cuma untuk pilih design ni pada yang suka corak penih pastikan corak dan warna langsir tidak terlalu berat agar ruang rumah tidak tenggelam dengan warna dan corak langsir lebih2 algi rumah teres..hati2 bab nak carik design juga. pada yang suka simple pulak jangan terlalu simple hingga nampak terlalu kosong ruang rumah kite. biarlah yang sedang2. untuk pilihan jenis kain agak tebal sedikit pada rumah biasanya akan gunakan juga day curtain di belakangnya agar tidak mengahalang udara luar masuk. sekarang ada yang jenis printed baldu pada kain langsir. yang ni kene tengok skit sebelum beli takut nnti baldu cepat tercabut dan warna baldu tersebut senang melekat pada bahagian lain. itu memang ada, mungkin test kat kilang punye agaknyer he..

Untuk lipatan langsir sekarang ni dah mcm2 jenis lipatan ada. yang paling pakar kat kedai jahit langsir lah.. sebb mereka ada katalog lipatan yang macamana kita nak semua ada. untuk anak langsir kalau nak cantik buatkan liapatan secantik mana yang kita tahu dan letakkan rendar yang warnanya sesuai dengan warna langsir, buatlah jenis paling canggih utk tahun nilah senang criter biar terbeliak mate wartawan2 sebelah rumah semua.huhu..jenis lipatan kalau nak belajar boleh search guna google. kalau bahasa melayu takbanyak kluar typelah gun bahasa inggeris mesti kluar punyelah. aku nak letak sini boleh tp biarlah korang bersenam mata skit..hehe.. untuk pemegang langsir atau curtain tassel ada banyak jenis jual murah2 pun ada. kat niali 3 lagilah banyak sampai taktahu nak beli mane. tinggal lagi jenis yang macamana je korang minat.

nak yang ala egypt ada. ala2 turki ada, ala italy pun ada. dan selain yang bertali ada juga yang jenis holder. yang ni agak susah jugak nak carik yang macam2 bentuk. kalau korag tau sharelah kat aku. aku minat uang holder tu takyah berjurai bulu2 benang ni. carik kat jj ingat ada yang cun tapi tkjugak.. untuk tassel holder ni boleh buat macam bentuk. selain dari selak biasa. boleh jugak ikat kan dahulu langir tu atau simpul kan dulu lepas tu letak tassel holder ni dan kembangka  kaki langsir tu. gamabr takdelah pulak kan.. ni gamabr tassel holder baisa jer..

boringkan design die..susah betul nak carik yang mcm2 bentuk.kay nilai adeker yer..

kalau umah korang konsep ala2 helena pink purple camni memang cunlah kan..untuk yang kaki langsir guankan material yang jarang sedikit dari atas lansgir pun dah popular dah sekarang. gabungan 2 jenis material yang berbeza.. memang cantik.. tapi kene pandai pilih dsign antara keduanya baru lagi terbaik…tapi malang nyer carik kat google takjumpe pulak. haritu ada pegi nilai ada nampak dah jadik major fesyen utk langsir dah kat sana.. taruk paling depan sekali. harga semeter ada yang 40++ ada yang 30++ semeter.. oklah jugak untuk main langsir kat ruang depan rumah..

ewah..cam terminat jer ngan langsir ni.hehe..ok, jangan sampai koyak poket laki kau udah lah yer..hehe..pasti cik abang sentiasa tersenyum sewaktu membeli belah. caranya senang jer…korangpun taulah kan..hehe..ok selamat puasa. jangan ponteng melainkan dah memang kene ponteng..wassalam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: